Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar bil kad kreditnya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi.<br /><br />Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, akibat kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya Mejar Mazlina Mazlan, wanita itu membayar bil kad kredit peribadinya menggunakan cek yayasan.
