Lesen operasi syarikat pengendali e-hailing (EHO) boleh ditarik balik atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas, kata menteri pengangkutan Wee Ka Siong.<br /><br />Wee juga mengingatkan supaya EHO tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau Kementerian Pengangkutan terpaksa mengambil tindakan mengawal selia industri itu.<br /><br />Sumber video: https://www.facebook.com/wksbmenglish/videos/1374338003064416