Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa kerajaan meningkatkan kapasiti pengeluaran rantaian makanan dalam negara bagi mengelakkan kebergantungan pasaran import.<br /><br />Jelas beliau, ia kerana negara akan berdepan situasi isu sekuriti makanan sekiranya terlalu bergantung dengan pasaran luar, sekali gus lonjakan kenaikan harga barang boleh berlaku apabila negara pengimport terjejas bekalan.