Presiden Warisan Shafie Apdal mendakwa Muhyiddin Yassin telah menghubunginya dua bulan lalu bagi mendapatkan sokongannya untuk menjadi perdana menteri semula.<br /><br />Berucap di Libaran, Sandakan semalam, Shafie berkata Presiden Bersatu itu memberitahunya bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada 119 Ahli Parlimen.
