Seorang wanita berusia 40-an mengalami kerugian hampir RM500,000 selepas disyaki menjadi mangsa penipuan 'love scam' sejak tahun lalu, kata Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat.

Menurutnya wanita yang juga pekerja swasta itu membuat laporan polis semalam selepas menyedari ditipu lelaki warga asing yang kononnya adalah kekasihnya.

Susulan insiden itu, Kamarul Zaman mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mana-mana pihak yang menabur janji atau pulangan pelaburan atau sebagainya.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/2278415918974439