Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan kedudukannya sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran ‘Global Funding for Rubber Innovation’ (GFRI) di Kuala Lumpur, hari ini.<br /><br />Minggu lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mahu jawatan Zuraida sebagai menteri digantikan dengan pemimpin lain dalam parti itu, selepas Zuraida mengumumkan keluar parti Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).