TUJUH tahun menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, namun penyanyi Ifa Raziah memberitahu dia lebih selesa menggunakan nama pentas.<br /><br />Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, berkata, gelaran tersebut tidak memberi kelebihan kepadanya dalam bidang seni mahupun perniagaan.<br /><br />Malah, Ifa yang juga seorang penyanyi dangdut ini secara berseloroh berkata dia akan mengalami kesukaran untuk memohon tajaan sekiranya menggunakan gelaran tersebut.