Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan bahawa beliau sentiasa mahu kembali ke kawasan asalnya di Sungai Besar. <br /><br />Beliau berkata demikian sebagai menjawab teguran Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos supaya Khir tidak perlu membuat “come back” sebaliknya perlu “go back”. <br /><br />Ini selepas Khir dilaporkan menyuarakan hasratnya untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar pada PRU akan datang dan mahu mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada Umno dan BN.