Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersetuju untuk menangguhkan kongres nasional parti itu yang dijadualkan akhir bulan ini kepada 15 Julai hingga 17 Julai depan.<br /><br />Menurut sumber dalaman parti, keputusan itu dibuat bertujuan untuk memberi ruang agar audit forensik dapat dijalankan terhadap bantahan yang diterima berkaitan pemilihan parti.