Kertas putih kesihatan Malaysia akan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, cadangan sedemikian bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara yang kalis masa depan.

Tugas suruhanjaya tersebut antara lain menjadi badan bebas memantau, menasihati dan melaporkan status pelaksanaan reformasi sistem kesihatan kepada kerajaan, parlimen dan orang ramai.

Untuk memahami bagaimana keberkesanan suruhanjaya tersebut, kita bersama pakar pengurusan risiko kesihatan persekitaran dan pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin.