Muhyiddin Yassin berkata pimpinan tertinggi Perikatan Nasional telah dimaklumkan mengenai perbincangan tidak rasminya bersama pimpinan parti-parti politik lain menjelang PRU15. <br /><br />Pengerusi PN itu berkata, perkara itu diberitahu sewaktu dia mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu yang berlangsung pada malam Sabtu.