Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa menggesa agar hanya pihak yang mempunyai autoriti seperti kepimpinan tertinggi parti yang boleh bercakap mengenai tarikh pilihan raya umum ke-15. <br /><br />Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata Umno juga setakat ini masih belum membuat keputusan berhubung PRU15.<br /><br />Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi hari ini yang membidasnya kerana menolak gesaan supaya PRU15 diadakan segera.