Surprise Me!

'Saya mahu selamatkan bangsa Melayu, bukan Bahasa Melayu'

2022-06-14 7 Dailymotion

Inilah antara ungkapan Allahyarham Tun Dr Arshad Ayub yang sangat diingati ketika bergelar Pengarah Institut Teknologi MARA (ITM) pertama, menunjukkan betapa beliau mahu memastikan pelajarnya menguasai bahasa Inggeris.

Allahyarham juga adalah contoh anak Melayu yang tidak pernah putus asa dan cekal berdepan kesukaran hidup demi menggali ilmu.

Kisahnya yang penuh liku dan sangat menginspirasi juga dibukukan dalam 'A Second Chance: Life and Mission of Arshad Ayub'.

Ia tentang bagaimana seorang anak muda bangkit dari kegagalan kemudian berlari menggapai impian.

Sebagai mengenang pemergian Tokoh Pendidikan Negara ini, Sinar Harian menyiarkan semula program Bicara Minda Bersama Allahyarham Tun Dr Arshad Ayub bersama hos, Tan Sri Johan Jaaffar.

Al-Fatihah

Buy Now on CodeCanyon