Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu mengucapkan ‘terima kasih' ’kepada kain rentang yang menyindirnya, semasa perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Bangladesh semalam.<br /><br />Gambar kain rentang gergasi dengan perkataan ‘Peja jangan hisap gam’ yang dipasang di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut tular di media sosial sejak malam tadi.
