Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.<br /><br />Baginda mengumumkan perkara itu ketika bertitah merasmikan Mesyuarat Kedua Persidangan Pertama DUN Johor yang ke-15 di Iskandar Puteri, hari ini.