Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan bertemu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin minggu depan berhubung kedudukan bekas pemimpin Bersatu itu dalam Kabinet kerajaan pimpinannya.<br /><br />Ismail Sabri berkata dia telah memaklumkan perkara itu kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan akan bertemu bekas perdana menteri itu selepas pertemuan dengan Zuraida.<br /><br />Jelasnya, Zuraida masih menghadiri mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam.