Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri daripada mendengar permohonan untuk membenarkan peguam diraja United Kingdom mewakili Najib Razak dalam rayuan kes rasuah SRC International.<br /><br />Ini selepas Ahmad Farid memaklumkan bahawa ada anggota keluarganya yang terdekat turut menganggotai parti yang sama dengan bekas perdana menteri itu.
