Ketika ditanya mengenai dakwaan bekas perdana menteri Najib Razak bahawa pengerusi Pejuang itu sudah dilihat sebagai tidak relevan lagi, Dr Mahathir berkata dia tidak ambil kisah dengan kenyataan berkenaan.<br /><br />Untuk rekod, Najib yang juga ahli parlimen Pekan melihat Dr Mahathir sebagai tidak relevan selepas parti Pejuang kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.