Sekumpulan pemimpin kanan dan berpengaruh dalam Umno dikatakan berkumpul untuk mencari kesepakatan mendesak Ahmad Zahid Hamidi berundur secara baik seawal 2020.

Menurut Tajuddin Abdul Rahman, antara pemimpin yang hadir ialah Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, bekas perdana menteri, Najib Razak dan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin.

Bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno yang dipecat itu menambah, usaha berkenaan gagal selepas Mohamad "membelot" daripada ketetapan tersebut.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/626214