Seorang guru mengaji al-Quran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 17 pertuduhan rogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik perempuan sejak tujuh tahun lalu.<br /><br />Tertuduh, Ashaari Ibrahim, 74, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas enam pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.