Tidak timbul isu dua kem dalam UMNO, sebaliknya hanya wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin berkaitan situasi semasa politik, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar.<br /><br />Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor menyifatkan kepincangan dalam UMNO ketika ini hanya masalah keluarga dan ia akan diselesaikan dengan semangat kekeluargaan.