Vape dicadang agar turut dimasukkan ke dalam pelaksanaan Generasi Penamat yang dicadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia selain rokok. <br /><br />Timbalan Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr Norashidah Mohamed Nor menjelaskan, ia susulan bukti-bukti yang menunjukkan kesan negatif vape kepada kesihatan yang pada masa sama memberi risiko kerugian kepada negara.
