Satu himpunan besar-besaran akan diadakan pada 16 Julai ini jika kerajaan gagal menunaikan tiga tuntutan utama berkaitan krisis makanan yang dihadapi rakyat.<br /><br />Perkara itu dinyatakan Adun Taman Templer, Sany Hamzan selepas menyertai himpunan berhubung kenaikan harga barang di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.