Amanah hari ini menolak tawaran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa untuk bertemu dengan pemimpin bantahan kenaikan harga bagi mencari penyelesaian kepada krisis inflasi.<br /><br />Sebaliknya ahli jawatankuasa pusat parti, Faiz Fadzil mengulangi tiga tuntutan parti itu kepada Annuar, yang mengetuai pasukan petugas khas jihad mengenai inflasi.<br /><br />Adun Taman Templer yang juga Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzah berkata, parti itu juga akan menganjurkan 'flash mob' di luar Parlimen pada 16 Julai bagi membantah kenaikan harga.