Hujan lebat berterusan selama tiga jam petang semalam menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Baling, Kedah.<br /><br />Sekurang-kurangnya 85 rumah penduduk mengalami kerosakan selepas berlaku limpahan air sungai di kawasan berdekatan.<br /><br />Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi di Mukim Kupang.
