Perikatan Nasional mempunyai perjanjian bertulis dengan Ismail Sabri Yaakob mengenai siapa yang patut menjadi timbalan perdana menteri, kata Ketua Penerangan PN dan Bersatu Wan Saiful Wan Jan. <br /><br />Bercakap kepada Free Malaysia Today, Wan Saiful berkata jawatan timbalan perdana menteri bukan permintaan baru kerana perjanjian itu telah ditandatangani sebelum Ismail Sabri menjadi perdana menteri.