Baru-baru ini ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching antara pemimpin DAP yang dikritik kerana menganjurkan tayangan filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' dan hadir menontonnya bersama-sama.<br /><br />Ini berikutan terdapat keresahan di kalangan sesetengah masyarakat bukan Melayu apabila terdapat watak Cina yang digambarkan sebagai pengkhianat yang bekerjasama dengan British dalam filem tersebut. <br /><br />Di sebalik kritikan terhadap pemaparan watak bukan Melayu dalam filem itu, Ketua Pemuda DAP Kelvin Yii berkata dia percaya pemimpin parti itu hanya mahu mempromosikan karya tempatan yang terinspirasi daripada sejarah.
