PAS sedang mempertimbangkan untuk menggunakan logo lain yang lebih sesuai selain dari logo Perikatan Nasional dan partinya sendiri pada PRU15 akan datang, kata Presidennya Abdul Hadi Awang.

PAS sebelum ini membayangkan akan menggunakan logo sendiri untuk calonnya bertanding pada PRU15 bergantung kepada kawasan, khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengulangi pendirian parti itu bahawa PRU15 harus diadakan selepas tamat penggal Parlimen.

Sumber video: https://fb.watch/e7tNkUqtqs/