Kes varian Omicron sublineage BA.5 sudah berada di Malaysia dan berkemungkinan merebak luas, sekali gus mengakibatkan peningkatan kes COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata sehingga 30 Jun lepas, 13 kes sublineage Omicron dipantau rapi, iaitu enam kes BA.2.12.1; lima kes BA.5; serta dua kes BA.5.2, dan semua kes ini didapati positif antara bulan Mei dan Jun lepas.

Menteri itu sekali lagi menasihatkan individu yang masih belum menerima dos penggalak dan mereka yang layak menerima dos penggalak kedua, untuk segera mendapatkannya.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=A3ejgEcQB1o