Penggunaan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) dalam pengambilan pekerja domestik bukan hanya tertumpu tenaga kerja warga Indonesia, sebaliknya untuk kesemua negara sumber.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata demikian susulan kenyataan Duta Besar Indonesia ke Malaysia berhubung pembekuan sementara pengambilan tenaga kerja dari negara itu di Malaysia serta merta.

Mengulas lanjut langkah Indonesia itu, Hamzah berkata sumber tenaga kerja asing nombor satu di Malaysia adalah Bangladesh termasuk 14 lagi negara lain.

Sumber video: https://www.facebook.com/hamzahzainudinofficial/videos/734035240986253