Kongres tahunan PKR yang akan bermula esok kemungkinan besar menyaksikan pelbagai perkembangan menarik apabila pemimpin dan perwakilan parti itu berbahas.<br /><br />Antara isu yang dijangka menjadi perhatian ialah persoalan 'khemah besar' dan prestasi buruk PKR dalam empat pilihan raya negeri (PRN) yang dilangsungkan sejak 2018.<br /><br />Bercakap kepada Malaysiakini dan KiniTV, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata dia menjangkakan ada perwakilan mahu membahaskan isu tersebut.