Pemuda Amanah mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak berbohong mengenai tuntutan yang dibuat oleh waris Sultan Sulu.<br /><br />Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat terhadap Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Aman petang tadi. <br /><br />Antara pembohongan yang dikatakan termasuk dakwaan Najib bahawa saman oleh waris Sulu itu difailkan pada 2019 selepas PH berkuasa dan gabungan itu tidak melawan kes itu di mahkamah timbang tara.