Timbalan presiden PKR tidak semestinya akan menjadi presiden, kata pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam wawancaranya bersama Malaysiakini.<br /><br />Fahmi yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, dalam kes bekas timbalan Azmin Ali sebelum ini, perkara itu tidak berlaku. <br /><br />Fahmi berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada kemenangan Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden akan mengukuhkan tanggapan bahawa dia berpotensi menggantikan Anwar Ibrahim.