Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel dijangka akan dibebaskan daripada tahanan polis pada pukul 6.30 petang ini.<br /><br />Peguam Rizal, Ramkarpal Singh memberitahu Malaysiakini, ini selepas majistret menolak permohonan reman empat hari oleh pihak polis.