Sedikit kekecohan berlaku di Kongres Pemuda PKR (AMK) di Shah Alam hari ini apabila sekumpulan anggota parti dilarang mewakili cabang mereka dalam sidang tersebut.

Salah seorang yang terlibat, Danish Hairudin ketika dihubungi Malaysiakini berkata sekretariat kongres hanya membenarkan 75 cabang AMK untuk menghantar perwakilan mereka.

Keputusan itu didakwa atas dasar cabang tersebut gagal membuat mesyuarat agung tahunan (AGM) atau tidak menghantar laporan mereka kepada sekretariat.

Kredit: Hariz Mohd, Malaysiakini