Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berharap rakan sejawatannya dari Bersatu, Hamzah Zainudin tidak akan menghalang permohonan Umno meminda perlembagaan parti.<br /><br />Bercakap dalam wawancara eksklusif dengan portal MalaysiaGazette. Ahmad berkata bahawa Hamzah - yang juga menteri dalam negeri - pasti akan membantu Umno.