Lebih 100 cabang Parti Keadilan Rakyat di seluruh negara hari ini tampil membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.<br /><br />Tindakan itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat berhubung dakwaan kecuaian Najib semasa menghentikan pembayaran tahunan RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu.<br /><br />Timbalan Presiden PKR ketika ditemui di luar Balai Polis Setiawangsa berkata, laporan polis itu merupakan satu permulaan terbaik bagi mencabar naratif yang dicipta Najib untuk membohongi rakyat berhubung isu itu.
