Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, menjelaskan tarikh akhir Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dengan pembangkang, belum lagi muktamad.<br /><br />Justeru, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pihaknya akan melakukan rundingan bagi melihat masa depan MoU itu, termasuk kemungkinan ia boleh disambung lagi.
