Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) sekali lagi mendakwa pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan hak dan kepentingan negeri Sabah dibuat tanpa mengikut prosedur yang betul.

Azis mendakwa hak negeri Sabah untuk mendapat 40 peratus daripada hasil cukainya sendiri, yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah dilucutkan secara tidak wajar.

Membangkitkan perkara itu sebagai perintah tetap hari ini, Azis berkata statut baru yang dilihatnya semalam menunjukkan pindaan itu dibuat semasa mesyuarat Dewan Rakyat pada 29 Sept 1971.

Bagaimanapun katanya perkara itu adalah mustahil kerana pada 1971, tiada sidang diadakan pada September.