Ahli Parlimen pembangkang mendesak Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon untuk mengambil tindakan teerhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.<br /><br />Ini kerana mereka mendakwa telah mendengar Tajuddin menyebut perkataan 'p***mak' walaupun mikrofon Tajuddin dipadamkan ketika perbalahan berlaku.<br /><br />Terdahulu kekecohan berlaku ketika Tajuddin mengeluarkan kata-kata menghina terhadap ahli Parlimen wanita DAP sebagai mulut jahat.