Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menasihati orang ramai memilih tawaran visa furada daripada syarikat yang berdaftar dan berlesen sahaja.<br /><br />Katanya orang ramai seharusnya berurusan dengan Lembaga Tabung Haji dan agensi-agensi pelancongan yang dilesenkan oleh lembaga tersebut iaitu syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn. Bhd.<br /><br />Beliau menjawab soalan Che Alias Hamid (PN-Kemaman) mengenai usaha kerajaan menangani isu penipuan melibatkan visa furada.