Kerajaan memberi jaminan bahawa projek mega seperti projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3). Lebuhraya Pan Borneo dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan seperti yang dirancang.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed memberitahu Dewan Rakyat kerajaan hanya mengenal pasti 30 projek yang akan ditangguhkan tahun ini.<br /><br />Selain itu katanyam penjimatan daripada penangguhan projek boleh digunakan untuk membiayai sebahagian daripada kenaikan subsidi.