Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mungkin tidak akan dilakukan dalam masa terdekat disebabkan terdapat perpecahan dalam Kabinet kerajaan.

Jelas beliau, kerajaan sekarang akan memilih tarikh yang bersesuaian sekiranya parti mereka berada pada landasan yang betul tetapi persetujuan ini sukar kerana parti-parti dalam kerajaan tiada kata sepakat.

Beliau berkata demikian setelah ditanya mengenai tarikh PRU15 dalam program Wawancara Eksklusif Sinar Harian.

#BeritaSemasa #PKR #TunMahathir