Kali terakhir telefon bimbit bekas pembaca berita televisyen, Zalina Shaharah Azman dikesan aktif adalah pada 20 Nov tahun lepas.<br /><br />Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata menerusi semakan dan siasatan dibuat, pihak polis berpendapat berkemungkinan Zalina hilang lebih awal daripada tarikh yang dilaporkan.
