Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memberikan gambaran laporan penuh kesediaan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada Ogos ini.<br /><br />Menurut beliau, laporan kesesuaian mengadakan PRU15 akan diberikan selepas beliau bersama beberapa barisan kepimpinan tertinggi selesai mengadakan siri jelajah bersama kepimpinan BN seluruh negara.
