Putrajaya memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap 118 majikan kerana gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2022 yang berkuat kuasa pada 1 Mei lalu.<br /><br />Menurut jawapan Menteri Sumber Manusia M Saravanan di Dewan Rakyat, amaran itu dikeluarkan berdasarkan 157 aduan yang diterima pada Jun lalu.