Perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyaksikan nama Dr Mahathir Mohamad disebut sebagai penerima dana syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).<br /><br />Menurut salah seorang saksi, bekas perdana menteri itu ada menerima dana berjumlah RM2.6 juta sebagai pembiayaan politik melalui anak saudaranya, dikenali sebagai Rahmat Abu Bakar.
