Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid memaklumkan lebih RM382 juta diperuntukkan sebagai subsidi minyak masak sehingga Jun 2022 selain subsidi untuk keperluan asas yang lain. <br /><br />Terdahulu Karupaiya Muthusami (PH - Padang Serai) menyatakan kebimbangannya mengenai kenaikan harga keperluan asas dan mahu tahu jumlah subsidi yang dikeluarkan kerajaan bagi menanggung peningkatan harga barang.
