Lebih 100 kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berpiket hari ini setelah kecewa dengan pihak pengurusan yang didakwa tidak melayan pelbagai tuntutan dan isu yang dibangkitkan.<br /><br />Ini selepas lebih dua tahun pengurusan LTAT didakwa enggan membayar tunggakan pelarasan gaji melalui semakan semula skim gaji dan perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.<br /><br />Presiden Kesatuan Kakitangan LTAT (KKLTAT) Zulharith Shahrizzan Kumar Abdullah memaklumkan, piket hari ini akan terus diadakan setiap hari sehingga Jumaat.