Polis telah memanggil 11 individu hadir ke IPD Dang Wangi hari ini untuk membantu siasatan perhimpunan ‘Turun’ baru-baru ini.<br /><br />Protes yang menuntut kerajaan menangani kenaikan harga barang itu diadakan di luar Sogo, di Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu.<br /><br />Antara yang dipanggil untuk disoal siasat hari ini termasuk Ketua Pemuda PKR, Adam Adli, Ketua Pejuanita Muda Nurul Ashikin Mabahwi dan Naib Ketua Pemuda Amanah Abbas Azmi.
